.11 kesilapan lelaki

 

Sebagai manusia biasa, kita memang takla lari dari membuat kesilapan . 
Memang benda ni nampak simple dan kecik je tapi malangnya 
kadang-kadang lelaki tak sedar pun kesilapan itu.

Biarkan diri tanpa teman istimewa.
Sekiranya anda putus cinta, carilah pengganti dan jadilah lelaki yang sejati. Usah kenang lagi si dia yang kini menjadi sejarah silam anda.

Tidak melancong. 
Lakukan aktiviti ini sementara anda berpeluang. jika anda sudah berkahwin, terlalu banyak halangan untuk anda melakukan perkara ini.

Tiada simpanan tetap. 
Anda ada kerja tetap tetapi tiada simpanan. Kalau sudah berkeluarga, orang tentu faham wang diperuntukkan kepada kekeluargaan namun sebagai orang bujang, anda wajib menyimpannya. Jadi tidak perlulah anda membuat pinjaman bank semata-mata mahu berkahwin nanti.

Terlalu cerewet. 
Sesetengah lelaki sangat cerewet sampai perkara kecil pun jadi besar. adakalanya hal itu kecil tetapi disebabkan anda terlalu memikirkannya, ia menjadi begitu besar tetapi malangnya hasilnya sangat mengecewakan. Seharusnya jadilah orang yang boleh bertoleransi dan bijak membuat keputusan.

Tidak ambil pengajaran. 
Anda mudah melupakan sesuatu peristiwa yang berlaku. Sesetengah lelaki tidak pernah belajar akan kesalahan yang mereka lakukan. Kalau anda pernah ditipu, jangan biarkan diri anda kena tipu sekali lagi.

Tidak punya kenderaan sendiri. 
Membeli rumah jarang difikirkan oleh lelaki muda. bagi mereka, jumlah wang yang besar perlu diperuntkkan untuk tujuan itu dan boleh dilakukan selepas berkahwin. tapi buat si bujang, kenderaan sendiri perlu ada. Zaman ini kereta jadi keperluan hidup dan anda perlu praktikannya.

Berbelanja untuk bekas kekasih.
Ini satu perkara yang sukar diterima. apabila ada wanita sudah menolak anda dalam hidupnya dan anda sudah merayu namun tetap ditolaknya, itu bermakna anda bukan lagi pilihannya. jangan jadi bodoh hingga sanggup membelanjakan sejumlah wang semata-mata mahu menarik atau memikat hatinya kembali. carilah wanita lain yang lebih baik untuk anda.

Tidak menjaga kesihatan.
Tabiat makan berlebihan adalah punca kepada semua penyakit. jangan hanya tahu makan tetapi malas bersenam. Akibatnya anda akan mudah dijangkiti penyakit tiga serangkai; kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Tidak pandai menjaga hati.
Sepatutnya anda perlu menjaga hati si dia kerana, mungkin itu adalah jodoh anda.

Membazir. 
Pantang ada duit di depan mata, mulalah rambang mata membeli barang keperluan yang tidak perlu. [makanan tu kira membazir tak. muahhaa]

Tidak menjaga hati ibubapa.
Sebagai lelaki yang dilantik menjadi khalifah dan pemimpin, anda harus bijak memanfaatkan masa dan ruang yang ada dan terus berbakti selagi ibubapa masih ada.

Credit to : Nizam  


Macam mana  ?? ada tak rasa diri tuh ada dalam ciri-ciri di atas ?
Kalau ada , eloklah diperbaiki... Apa...
Nanti , nanti lah ? ? Hmm , kalau dah dalam kubur tak ada makna dah ayat
nanti-nanti tuh ... * bukan sindir tapi nasihat*
 Berubah dari sekarang , jangan menyesal dikemudian hari :)




4 comments

  1. hohohoh gudla info ni,,,nak minx izin share jgkal bole?

    nmpknye lepas ni sy nk pg melancong jgkla...

    senaman alhamdulillah da buat setiap ptg..alhamdulillah..thnx for info...

    singgahla blog klu ade mase
    http://ournext.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. @frogos boleh , apa salahnya... untuk kebaikan.. :)

    nasib baik rajin buat.. :) teruskan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan