Bertemu Di Majlis Sambutan Hari Guru SMKBM

16 May merupakan tarikh penting buat pelajar untuk mengingatinya setiap tahun. Tarikh ini diberikan kepada seluruh Guru-guru sebagai tanda penghormatan mendidik dan mengajar anak murid/pelajar sehingga murid/pelajar berjaya. Sempena sambutan hari guru 2014 yang dilaksanakan pada hari Ahad 18 May (untuk negeri Johor dan yang sama dengannya sebab Jumaat sekolah di Johor cuti) aku dan  sebilangan ex-classmate 5 Amanah bercadang untuk turut serta menyambutnya.. :D
Kelainan yang kami lihat pada sambutan hari guru kali ini ialah, cikgu-cikgu berpakat untuk memakai baju yang sama sebagai pakaian tema iaitu Retro Zaman Persekolahan.
Inilah baju pengawas sekolah SMKBM yang dulu selalu aku pakai.. Haaa See ? Comelkan dan kacak cikgu-cikgu aku pakai baju pengawas ?

Barisan cikgu-cikgu yang memakai baju bertemakan Pink dan Biru...

Dan inilah kami sebilang exclassmate 5amanh/2012 yang sama-sama memeriahkan majlis hari guru 2014. Kami berjumpa dengan semua cikgu dan yang lebih utama kami bertemu serta memberikan hadiah Hari Guru kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar kami.
Sempat kami bergambar dengan Tuan Pengetua SMKBM... :") Tak sangka pengetua ini suka bergambar.. hehehe
Dikesempatan ini, aku nak ucapkan " Terima kasih kepada semua cikgu " yang pernah mengajar aku secara langsung atau tidak langsung.. Ajaran, didikan , nasihat dan kata-kata semngat cikgu-cikgu tidak akan saya lupakan. Tanpa guru , siapalah saya sekarang. tidaklah saya dapat sambung ke menara gading untuk mencapai cita-cita saya..
Terima Kasih Cikgu !!!


No comments

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan