Inspirasiku



Jika awak merasa kecewa, pandanglah ke sungai,
airnya mengalir biarpun berjuta batu menghalangi...
.
Jika awak merasa sedih, pandanglah ke langit,
awak akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersama...



Penuh makna entri kali ini buat aku, sebagai penawar dikala jatuh dan sakit untuk bangun kembali, untuk terus kuat dan kembali senyum,.. Yeah...

Dia yang ada saat aku jatuh terduduk,
lemah dan longlai untuk aku bangkit semula..

Dia yang ada saat aku perlukan kata-kata semangat,
bagi merangsang sel-sel dalam badan untuk kembali pulih..

Dia yang ada saat aku mengharapkan ada yang mendengar cerita aku,
melepaskan segala rasa yang dipendam yang menjadi racun diriku, mematikan segala tingkah dan langkahku..

Dia yang ada saat aku hilang raut ceria diwajah,
Dialah yang berusaha mengembalikan suasana ceria sungguh-sungguh walaupun kadang-kadang jenakanya hambar daan menjengkelkan...

Dia juga yang sentiasa buat aku tersenyum tika bersendiri..
Ya, Dia yang dipinjamkan dari Illahi tatkala aku dirundung sedih dan duka..

Dia yang layak aku gelar sebagai SAHABAT ku..
Terima kasih, SAHABAT.. 
Ukhibukafillah abada abadan..
Moga ukhuwah ini diberkatiNya hingga ke Syurga..


cc : _ _ _ _ _ _  _ _ _ _  _ _ _ _ _

4 comments

  1. bestnye lepak taman/ padang pastu baring2 he

    ReplyDelete
  2. sahabat yg sebenar-benar sahabat tu susah nak cari, tahniah dan bertuah awak dh kalau dh jumpa! btw nice post :)

    ReplyDelete
  3. @YattAkasah gambar sekadar hiasan.. tak ada kena mengena dgn entri kak >_<

    ReplyDelete
  4. @syasandeul Sy tak pasti adakah dia atau tidak..


    tapi saat sy sedih, dia ada untuk itu.. dan tiap kali sy sedih seterusnya, sy tak perlu memanggilnya.. hanya menginagtinya dan kata2 smgat yg pernah diberinya..

    sy kembali semngat semula.. ^^

    Moga diberkatiNya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan