Pengalaman Interview Untuk Internship Top Glove Company

Pengalaman Interview Untuk Internship Top Glove Company
Assalamualaikum dan Hi,
Hari ini nak share tentang pengalaman berharga, mungkin satu hari nanti bila rindu nak baca boleh belek-belek semula dekat blog ini dan mungkin juga untuk pengetahuan dan guideline kepada sesiapa yang bakal pergi interview, maybe one day....

Actually Nurrul tak dapat mana-mana lagi tempat internship sedangkan tarikh internship dah dekat, ya Allah risau tu hanya Tuhan yang tahu. Yes, banyak dah apply tapi satu company pun tak hantar feedback sampailah satu tahap kerisauan tu. Argghh, tak tahu nak cakap, sebab perasaannya bercampur baur lagi dengan bila dengar kawan-kawan dah dapat tempat intership. Sebelum nak dekat raya itu, Nurrul ambil initiative untuk cari company lain lagi dan lagi sampailah dalam carian google taip "Top Glove". Aku terus call nombor HQ TG.

Alhamdulillah, masa itu pic cakap masih ada kekosongan untuk internship dibawah department Human Resource, terus Nurrul ke Website Top Glove dan apply online untuk internship program. Selepas 2 hari aku dapat feedback yang menyenangkan sedikit hati kerana dipanggil untuk interview di syarikat Top Glove dan mereka bagi email untuk interview invitation. Pada 6 July 2017 aku pun pergi interview.
Internship Top Glove Company
Muka lega lepas interview Top Glove Session
Sebelum interview, applicant diberikan satu set soalan yang dipanggil sebagai "Assessment Test" dalam masa 35minit dimana test tersebut adalah untuk test Math (15minit), test IQ (15minit) dan test Value about My Career (5minit).  Selain itu, bersesuaian dengan trademarks dan cultural dalam organisasi Top Glove, company ini sangat mementingkan kesihatan diri kita. Applicant akan dibawa untuk test BMI dahulu. Selepas itu baru, satu per satu applicant dipanggil untuk interview. 
Masa itu Nerves jugaklah, sebab ini merupakan pengalaman interview aku yang kali ke3, selepas interview dengan SPA dan jadi teacher tadika Little Caliph. Betul lah orang cakap, pengalaman tak mampu dibeli, kita kena laluinya sendiri baru tahu macam mana. Setiap interview yang Nurrul pergi ni Nurrul letakkan expectation sangat tinggi so, practices practices dan practices.
Semasa interview, panel interview tanyalah soalan basic dalam interview, kemudian ceritakan sedikit sebanyak pasal job skop mengenai department Admin dan Human Resource, apa janji kita kepada company kalau dapat peluang dekat sini. Selain itu, panel interview ada menyatakan "Awak bertuah kerana satu kaki awak dah berada dalam company Top Glove ini. Kalau awak diterima, tunjuk kebolehan awak dan perform awak kemungkinan boleh diserap masuk ke dalam company ini" Seronok sangat dengar dan masa tu berharap dapat buat internship dekat Top Glove ini. hampir dalam 25 minit jugak lah interview session itu berlangsung. Kemudian The End.
Pada 7 July 2017, Alhamdulillah, aku menerima email daripada Top Glove yang menyatakan aku diterima untuk intern/industrial Trainee dengan company Top Glove pada 12 tengah hari. Masa ini, rasa sebak semua ada. Aku bersyukur sangat-sangat, akhirnya ada company yang sudi menerima aku untuk internship. Berakhir sudah penantian dan penyeksaan untuk mencari tempat internship ini. 
Alhamdulillah. Terima Kasih Allah untuk khabar yang baik pada hari Jumaat ini. Aku akan mula start buat praktikal di Top Glove pada 1 Ogos 2017. Didoakan aku dapat menimba ilmu dan pengalaman bekerja di tempat kerja yang sebenar. Aku tahu ianya bakal menjadi lebih mencabar tapi aku yakin, in sha Allah aku Boleh!! Itu saja cerita pengalaman interview di Top Glove. Terima kasih kepada yang sudi membacanya :)

Welcome to Internship Experiences!


14 comments

  1. Alhamdulillah..Happy for you. Mesti lega kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamudlillah, Sangat2 kak Mai leganya.
      >_< Kalau tak seram ajee

      Delete
  2. Jangan lupa masa intern nanti banyakkan bertanya. Aim y mana pro dan cedok ilmu banyak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas tipsnya...
      time nilah nak cedok banyak2 ilmu yang ada kan :)

      Delete
  3. Alhamdulillah. Tahniah nurul. Teringat kenangan masa intern dulu. Lama dah. Tahun 2008 dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akk ana, :) Wahh lama dah zaman intern tu ya.. Nurrul baru nak rasa.. hihihi

      Delete
  4. Bestnya intern. Lama ke intern.masa zaman akk haritu 3bulan je. Rasa cam tak puas. CR intern tahun 2009 lama dahh. Tp still teringat lagi.

    Gunakan internship ni sehabis baik. Amik sgla ilmu dan pglmn.😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tak pernah rasa lagi.. semua ckp best ini, lagi tak sabar nurrul jadinya ^_^

      Ada tips tak intern ini? Shhare share lah CR :p

      Delete
  5. wow Top Glove kowttt... terbaikk XDD

    hari ni kan star intern?? Good luck!!! All the best :)

    baru je habis intern sebulan yg lepas ngahahaha XD now just rehat for a while XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awk.... Ramai kawan2 sy masuk intern sini juga

      Delete
  6. Awak intern sampai bila..hari first masuk still kena check BMI x?ke time interview je check BMI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejap jek.. 4 bulan. hihi :P
      Tak... tapi masa interview dia akan check BMI kita. rekod BMI tu dia kepilkan sekali utk interviewer tgok...

      Delete
  7. Hello and i. Sorry for asking hehe. I have an interview session tomorrow and would you mind if i ask about the math test? Lalalalaaa dalam perutt hahaha. And, hmmmm face to face interview, is it hard? �� What kind of questions they asked? �� Thankyouuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello HI Aina, Just simple math test. :)
      I already stated in my post. Thanks.

      Delete

ღ Nice to see , nice to read ,
Once comment , I will hit you back ! :D
Its that true my poem ? HAHA. Ignore it..

Thanks , I love you all !