Pengalaman Penerapan UiTM

Pengalaman Penerapan UiTM

Assalamualaikum dan Hi,

Apa khabar semua? Hari ini terjumpalah satu tajuk yang menarik bagi Nurrul untuk dikupas lebih lanjut : Pengalaman Penerapan UiTM dari keyword blog ini. Yer, tak semua ada pengalaman macam ini. Sebelum ini, Nurrul ada share info tentang penerapan masa awal-awal dapat dulu, bolehlah usha2 : Apa itu Penerapan? 

Kalau korunk dah bejaya tamatkan diploma dengan jayanya akan diberi jalan mudah oleh pihak UiTM untuk sambung ke peringkat Sarjana Muda. Itulah namanya penerapan secara ringkas. Kita tak perlu bersaing teruk sangat seperti budak lepasan asasi/tingkatan 6 untuk berebut tempat for further Bsc.
1. Waktu Pengajian Pendek Sikit 
Penerapan yang bestnya bila kau dapat habiskan degree life awal setahun daripada orang lain. Contohnya ,degree in program HR normally ada 6 semester. Disebakan aku masuk degree melalui penerapan, so aku hanya belajar 4 semester aje iaitu semester 3,4,5 dan praktikal. Jimat tak 2 semester. Siapa nak bagi ???? Diploma 2 tahun setengah dan degree ambil masa 2 tahun.

2. Pengecualian Credit (PC)
Apa itu PC? Pengecualian kredit atau lebih dikenali dengan bahasa popularnya transfer credit subjek semester 1 dan semester 2. Standard lah, kalau masuk degree akan ada pembelajaran yang sama waktu belajar  diploma. Sebab apa ada yang sama, yer sebab ada pelajar yang masuk dari asasi/poli/tingkatan 6 untuk belajar degree. Khas buat pelajar diploma lagi2 yang sama Universiti nya contoh terdekat UITM (sebab UITM punya sistem aje yang Nurrul tahu).  Sebab itu kita boleh dapat PC mana2 subjek yang lama untuk di transfer. tu yang jadi kes skip semester 1 dan 2.
Ada syarat jugak taw untuk lulus PC ini, SUBJEK BASIC yang korunk ambil HR masa diploma tu sekurang-kurangnya mesti Gred B. Contohnya, sekarang dapat sambung degree in HUMAN RESOURCE (HR), dulu masa diploma dah ambil introduction to HR. So, make sure gred B. Kalau dapat B-, C+ korunk akan ambil balik paper tu mase degree sampai dapat B dan keatas. (belajar balik weyhh, 1 semester rugi kan, terpaksa tambah 1 subjek) :P Sama juga dengan program lain, Finance, marketing, basic introduction subjek core korunk tu mesti power. 
Kalau macam subjek lain yang tak ada kena mengena sangat dengan program korunk tu dapat C pun tak pe, misalnya yang requirement yang kena belajar dari Universiti. Eg: Koko, CTU, ELC itu boleh dapat PC dengan mudah walaupun C.

Bila boleh dapat buat PC ?
Korunk dah daftar masuk lah baru dapat. Masa last day orientation day korunk akan dikumpulkan dengan koordinator dan PIC yang incharge bahagian PC ini, depends jugak pada lecturer setiap kampus masing2. tapi selalunya memang benda ini kena setel awal sebelum korunk semua start belajarlah. Sila bawa semua dokumen yang mereka bagi sebelum taklimat PC, jangan degil kalau nak selamat. Paling penting time ini korunk kena ada copy mini transcript , gambar ukuran pasport, pen korunk lah. bawa highlighter biar terang benda yang patut korunk dapat PC.

3. Sambung degree penerapan Lambat.
Normal lah, kalau ada student degree masuk penerapan kadang2 nak cuti kejap, kerja kejap atau ada hal2 yang tak dapat dielakkan etc. Boleh ajee awak nak sambung degree lambat sikit dari kawan2 batch awak Kawan2 aku ramai aje naik 1 sem lewat dari aku. Macam kita dah sem 4, diowg masuk sem3.  Jangan risau meratapi nasib tengok kawan-kawan yang Grad sama2 kita dulu belajar kita tak dapat belajar terus jadi hopeless.. A BIG NO!
Korunk pun boleh sambung juga apa, yang penting masa betul-betul nak masuk tu baru apply degree penerapan. tak ada masalah pun. Alert dengan tarikh-tarikh penting macam bila nak register online, nak beli no pin penerapan degree, always up to date dengan UITM punya news.
" Yang penting niat tu IKHLAS lilalhitaala nak Belajar! "

4. Degree Life is MORE TOUGH!
- Be prepared
Degree life tak sama macam diploma, dulu elok sedap kena suap bukan lagi di level ini, level ini one step closer to expose to the cruel life. Nak berjaya dekat level degree hanya kepada siapa2 yang boleh survive aje. Kalau tak tu yang kecundang ditengah jalan.

- Pilih Kawan dengan betul
Ada dua jenis kawan, satu kawan yang membantu dan satu lagi kawan yang membantut. Aku dah pernah kena benda ni, masa semester 4 tempoh lalu. Yes, memang sakit bila ditikam belakang, so watch out. Kadang-kadang kawan yang kita rasa rapat dengan kita tu yang paling jahat. (tak semua, tapi just AWARE) Ok. :)

- Be Adaptive and Proactive
Bila degree, ditambah pulak duduk dekat tempat orang, so benda yang paling cepat kena cover adalah adapt changes macam ; culture, tempat tinggal, bahasa etc tu kena cepat, kalau kita resistance benda tu yang akan buat kita tension. Proactive di sini senang cerita, sila siapkan assignment secepat yang boleh dan jangan tangguh2 hingga ke minit yang akhir baru nak siapkan. Tak bagus pun even korunk rasa benda tu paling mudah.

- Good leaner and good management
Jadual kan aktiviti harian benda yang perlu dan penting di tangga teratas, time management sangat penting, masa belajar nilah korunk kena didik diri untuk semua hal-hal ini. Sebab benda yang sama akan dibawa ke tempat kerja.
Nothing is certain just harung apa yang ada di depan kita, suka atau tidak, kita tetap kena tempoh. Alhamdulillah, tengah internship pulak ini. Kalau tanya degree life best tak ? Korunk kena hadap sendiri. Lain orang lain cara, tak semua sama. Aku dengan cara aku dan mereka dengan cara mereka. Apa pun yang penting, niat dan tujuan kita sama, nak timba ilmu,
Moga info ini bermanfaat kepada yang memerlukan, kalau ada apa2 yang nak ditanya, jangan segan-segan write up email or chat di fb page Nurrul ya. Apa yang boleh dibantu, in Sha Allah Nurrul tolong. Best regards, Nurrul.

GOOD LUCK WITH NEW LIFE CAMPUS!!!


3 comments

  1. tips yang bagus. rindu pula zaman degree yg baru lepas tu hehe banyak pengalaman dapat masa belajar :)

    ReplyDelete

ღ Nice to see , nice to read ,
Once comment , I will hit you back ! :D
Its that true my poem ? HAHA. Ignore it..

Thanks , I love you all !