Tips Bau Minyak Wangi Tahan Lama

Hampir kebanyakan wanita sangat suka memakai minyak wangi. Pemakaian minyak wangi merupakan salah satu ciri-ciri daya tarikan feminin yang boleh meningkatkan keyakinan diri serta menampilkan diri kita lebih menarik. Tetapi, bagaimanakah caranya untuk membuat bau minyak wangi bertahan lebih lama? Terdapat pelbagai petua dan cara yang boleh mengekalkan aroma indah tersebut seperti berikut: 

Guna minyak wangi sebelum siap berpakaian
Terdapat beberapa sebab mengapa tips ini merupakan yang terbaik. Pertama sekali, minyak wangi boleh mengotorkan pakaian. Kedua, jika anda menggunakan minyak wangi anda secara terus pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan anda. Oleh sebab itu, bauan wangi anda kekal lebih lama berbanding sebelumnya.

Semburkan minyak wangi anda, bukannya menggosok 
Ianya sangat tidak digalakkan untuk menggosok minyak wangi anda kerana perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian anda, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi anda, kira-kira 15-25 cm daripada kulit anda. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan anda dan membantu untuk bauan wangian lebih tahan lama.
Di mana saya perlu menyembur minyak wangi saya? 
Tempat yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi anda adalah pada titik nadi badan. Ini kerana titik nadi adalah bahagian yang mana anda boleh rasakan kadar degupan jantung melalui saluran darah yang terletak berhampiran dengan kulit. Oleh itu, anda disarankan untuk menyembur minyak wangi pada bahagian belakang telinga, pangkal tekak, pergelangan tangan, siku dan belakang lutut. Dengan cara ini, bauan minyak wangi anda akan bertahan lebih lama.

Lembapkan kulit anda sebelum menggunakan minyak wangi
Tahukan anda bahawa bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering? Ya, ini merupakan satu fakta yang telah terbukti secara saintifik. Ramai orang melihat kulit berminyak sebagai satu masalah, tetapi sebenarnya ia mempunyai kelebihan di mana boleh mengekalkan bau minyak wangi lebih lama. Minyak wangi lebih tahan lama. Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama.

Semburkan sedikit minyak wangi pada sikat rambut 
Jika anda mahukan bau minyak wangi anda bertahan lebih lama, semburkan sedikit pada sikat rambut anda dan gunakannya dengan menyikat rambut anda secara lembut. Dengan cara ini, setiap kali anda bergerak atau berjalan melepasi seseorang, bauan yang indah dna wangi turut disebarkan.

Simpan wangian anda di tempat yang betul
Lindungi minyak wangi anda daripada musuh seperti kelembapan, haba dan cahaya. Tempat yang seeloknya ialah kawasan yang sejuk dan kering dan jauh daripada cahaya matahari secara langsung. Selain itu, anda digalakkan untuk membeli minyak wangi dalam botol semburan kerana ia akan membantu untuk mengelakkan penyejatan aroma dan tindak balas kimia dengan udara.

Haa, sekarang dah tahu kan bagaimana untuk kekalkan bau minyak wangi ? ? Hmm , Apa pilihan minyak wangi korunk ?? Kalau aku , aku suka Apple Blossom Body Shop.. tapi product tuh dah tak dikeluarkan lagi.. Sobsob , sedih.. :'(



6 comments

  1. wahh baru tau nih.. sembur seblm pakai baju? habislah smua kena kat badan yer..hihi..tp ada betulnya jugak tu kan.. terima kasih sudi berkongsi! =)

    ReplyDelete
  2. owh.. semyanya hana baru tahu..huhu tq info ni

    ReplyDelete
  3. Perfume saya mula mula bau best je.tapi sbb aritu ttinggal dlm kete kjp ke or letak dlm aircond ke ttbe dy berubah bau.da tuka bau jd bau alcohol jeeeee.sedehnyeee.xde ke cara nak jadi kn perfume tu wangi semula��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, letakkan dalam peti ais... in sha Allah baunya akn kembali semula. cubalah tips ini :)

      Delete
  4. wangian yg terbaik dan terwangi ialah Perfume Free.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan