Berkemah di Teluk Gorek Mersing

Perkhemahan Kokurikulum bagi Unit Penyelamat (KRU Bomba) UiTM Segamat untuk Sem 2. Perkhemahan di Teluk Gorek Mersing ini berlangsung selama 3 hari 2 malam.. Tapi disebabkan aku ada Mock Interview secara besar-besaran, jadi aku hanya berkesempatan untuk berkhemah selama 1 malam setengah hari... hoho.. Apa2 pun tetap enjoy ! Antara aktiviti yang dapat aku ikut malam kebudayaan dan jungle tracking.
 Abaikan muka aku dengan tudung sarung yg tak pernah aku pakai tuh...Ketinggian gunung 898 Kaki..
Bersama En. Khairi selaku jurulatih bomba kelas koko Sem 2 aku.. hehe Seronok kelakor dengan Encik. Encik Khairi banyak berkongsi pengalamannya semasa operasi menyelamatkan mangsa... Sangat menakjubkan dan sangat mulia pekerjaan bomba ini.. :) Respect ..

Kawan classmate yang sama-sama berada dalam kompeni bomba.. :")

Komander Haziqah , ( okey nama kami sama ejaan yang lain.. _Hazieqah_ haha) selaku ketua komponi bomba untuk sem 2.. Bergambar sambil menyatakan bahawa ini merupakan sem last kami berada di Kampus Segamat.

Renjer Hutan , En. Helmi (21 thn) berseblahan dengan Jurulatih company Bomba, En. Karuppanan.  _DI PUNCAK GUNUNG_
 Apa2 pun perkhemahan ini sungguh menyeronokkan, walaupun tak dapat sepenuhnya ikut aktiviti yang telah diaturkan oleh barisan-barisan komander Bomba..  Terima kasih kepada Jururlatih kompeni Bomba dan barisan-barisan kompeni bomba yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan sabar dengan telatah kami...
Sem depan kena cari rakan-rakan baru yang sama dalam kompeni bomba.. Apakah nasib aku di kampus baru ???  Huiiishhh.. Semoga semuanya baik-baik sahaja.. :)


No comments

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan