Che Mek Molek

Yummy Yummy !!  Sejak pandai buat Che Mek Molek nie kerjanya nak buat saja. Tak pelah. Sendiri nak makan... Apa salahnya?? Lepas hari itu blogwalking dekat sebuah blogger tentang kuih nie teringat masa zaman budak-budak dulu Mak suka sangat masakan kuih ini. Dengan idak semena-menanya suruh mak buatkan.. Dapat extra, bukan setakat Mak buatkan, Mak ajarkan sekali cara-caranya :D
Ehem2, ada siapa-siapa nak makan kuih Che Mek Molek.. Cara membuatnya sangatlah mudah..
Bahan-bahan yang diperlukan : Ubi Keledek, Tepung dan Gula. :D

Cara-caranya :
Mula-mula mestilah rebus dulu ubi keledek (ikutlah berapa kuantiti yang dikehendaki). Lepas dah siap rebus
1. Kupas kulit ubi keledek yang telah direbus.

2. Sediakan bekas yang besar untuk memudahkan kerja yang seterusnya.

3. Menggunakan cawan plastik (lebih mudah) untuk melenyekkan ubi keledek tadi. Lenyek semua ubi keledek. Jangan tinggal ubi keledek pada bentuk yang asalnya walaupun sedikit.

4. Selepas itu, uli ubi keledek dengan tepung.
Sila masukkan tepung sedikit demi sedikit  ke dalam ubi keledek untuk memastikan tepung sebati bersama ubi keledek / Proses ini sangat memerlukan kekuatan tangan sebab nanti korang akan berasa lenguhhh :) /
TIDAK PERLU DICAMPURKAN BERSAMA AIR ! Uli sehingga ubi keledek tidak terlalu melekat di tangan kita.

5. Cubitkan sedikit-sedikit campuran tadi untuk dibuat bentuk bulat.  Kemudian, buat lekukkan sedikit di bulatan.

6. Masukkan gula di dalamnya kemudian balut semula. ( Pastikan balutan betul-betul tertutup dengan kemas untuk megelakkan gula tumpah sewaktu menggoreng)

7. Goreng dengan api panas. :)

Selamat mencuba !! 
Sedap, Si Danish makan sampai kekenyangan. Hehe.. Punya selera dia makan kuih nie.. Suka sangat ! >_< Lagipun kuih ini sangat mengenyangkan.. ^^


19 comments

  1. wah senang je rupenyee..hehe..thanx sharing resepi.. :)

    ReplyDelete
  2. Hye, kenapa nama kuih nie cek mek molek??
    Nanti Nelly nak try buat laa..thanks kongsi..

    http://cintanelly.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. @Nelly Sapri Err , sbb manisan kot.. haha sy pun tak taw.. ni makanan org timur.. ^^

    ReplyDelete
  4. sedappppp..feverett nii ..lme x makan..terliurrrrr

    ReplyDelete
  5. suka kuih nie...memang sedap...tapi jarang terdapat kat Melaka...
    singgah sini...

    ReplyDelete
  6. Sedap :) Tapi sekarang tekde effect sebab memang tengah makan ni xD

    ReplyDelete
  7. tak pernah makan,apa lagi buat ..hehe..gula dalam tu cair la nanti ye??

    ReplyDelete
  8. salam semua...cek mek molek nie makanan ore kelate...hehe, senang kan...so semua bolehla buat lps nie..
    saya dtg sini balas BW awk yg lps2..follow back awk...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikumm Nurrul :) wahh senangnya cara nak buatnya tu . in shaa Allah nak cuba lah nanti . . dan telah menabung nuffnang awak :)

    ReplyDelete
  10. First time dengar nama kuih ni.:)

    ReplyDelete
  11. tak pernah makan... senang pulak nak buatnya...

    ReplyDelete
  12. waaaa.. sodap nye. lame tak buat che mek ni.. sbb mmg jarang beli ubi keledek .

    ReplyDelete
  13. nak kena cuba buat ni, selalunya nenek aje yang selalu buat bagi, haha.. sedap oo

    ReplyDelete
  14. salam.. lama xmakan kuih ni. senang je nk buat dan bahan2 pun sikit.

    ReplyDelete
  15. ni kuih orang kelate ke?
    ee tak pernah try kuih ni. hahaha.

    ReplyDelete
  16. tak pernah try pun kuih ni. macam sedap je. at first pkir ni karipap lpas tengok gambar -.- hee

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan