Service Laptop Terbaik Di Melaka


Assalamualaikum dan Salam sejahtera gaiss,

Welcome back Nurrul!!! Why welcome back? Memang betul kan orang cakap, selalunya detik-detik sisa yang berbaki ini lah yang banyak cabarannya. Saat kita memerlukan sesuatu tu, saat tu pulak dia nak buat semua benda jadi delay/jem. sebab tu jangan sesekali buat kijooo last minute awak2 yang student sama macam aku ini. Nasihat ikhlas dari sis ni.

Tak dapat dari kata-kata sis dekat atas? Meyhh kita buka table. open cerita. Nak dijadikan kisah, aku nak kena present kertas research dari researcher terdahulu untuk subjek Performance Management. Disebabkan minggu depan kena present, aku pun nak buat slide semua. Jem!!  Tahu tak laptop aku rosak! Masa itu hari Sabtu, aku nak present hari Selasa. CC biasa tutup, aku tak tahu lagi dekat mana CC wujud dekat tengah2 bandar Melaka ini. Library UiTM plak kalau buka pun yang for discussion aje dekat tingkat 1, Tingkat 12 ada komputer,PC tutup. Arrgghhh !!! KERAS!! 
Tak menjajau aku mencari ihsan dari insan2 yang dipilih Allah untuk menolong aku pada ketika itu. Dengan assignmnent yang menggunung bak gunung tertinggi di dunia. Kau rasa apa masa tu? Nak nangis, stress semua rasa berbaur beb!!! Tapi semua tu tak membantu siapkan slide tu pun, so take action on that. Nasiblah housemate aku ada laptop. sebab semua dah kerja, assume diorg tak guna sangat laptop. Thanks sangat2 dekat Mia. Kalau tak. memang nangis tak berlagu.
Untuk selesaikan masalah Jem yang komputer den yang mempunyai masalah tu, selagi tak buat apa2 jadi tak tenang nak buat kerja. Aku pun mulalah mencari mana2 tempat untuk hantar repair laptop ini. Memang duduk dekat Bandaraya Melaka ini, aku tak tahu banyak tempat sangat dek kekangan wang. So hasil carian google aku pun menaip : Service Laptop Bandar Melaka. Hasil dari carian itu, aku survey lah satu2 mana tahu available lagi kan.
Jumpalah dengan seorang ini, nama diberi Cik Zaha. Mula2 aku panggil abang, bila jumpa depan2 dia dah dekat2 sebaya abah aku, dia pun bahasakan diri dia Cik. Cik Zaha sangat friendly orangnya. Seronok sangat dapat kenal dan berurusan dengannya. Aku hantar laptop Hari Sabtu petang, Rabu pagi dah siap. Pantas tak kerja Cik Zaha? Aku boleh rate 5 bintang dari 5.
Cik Zaha ni bukan setakat baiki hardware. Software, upgrade android pun dia boleh buatkan. Dia siap tunjuk ajar aku lagi apa yang penting dalam laptop. Yang mana perlu alert untuk update software. Siapa nak kongsi ilmu yang boleh dibuat duit dengan secara free? Terima kasih Cik Zaha kerana membantu masalah saya. Bagi sesiapa ada masalah pasal laptop, jangan asyik nak fikir pasal format aje bila ada yang tak kena. InsyaAllah Cik Zaha ni boleh membantu. 
  • Boleh contact Cik Zaha di 017—2581282. 
  • Lokasi : Jalan Dugong, Area Melaka 20 minit dari UiTM Bandaraya Melaka.
Tuh yang jadi Welcome back Nurrul tu, aku kembali semangat untuk menulis, menyiapkan assignment dan segala2nya lah. Fuhh, Alhamdulillah sangat2. Sem akhir sebelum LI ni banyak kerja semua nak kena guna laptop. Apa2 pun nasihat aku, rajin2lah service laptop. Jangan bila ada problem, semua nak format laptop aje. It is not the way okey. >_<
SERVICE LAPTOP TEBAIK MELAKA!


3 comments

  1. ala, melaka. jauhnya.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Student dan laptop berpisah tiada. Tak jadi kerja kalau laptop rosak kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,, selagi jadi student mesti ada laptop.
      selagi jadi blogger selama itu kena wajib ada laptop >_<

      Delete

ღ Nice to see , nice to read ,
Once comment , I will hit you back ! :D
Its that true my poem ? HAHA. Ignore it..

Thanks , I love you all !