Tips Belajar Cara Nurrul

Tips Belajar Cara Nurrul
Assalamualaikum dan Hi,

Hari ini Nurrul nak share sikit cara Nurrul belajar dekat IPTA dulu macam mana. Sometimes ada orang cakap Nurrul ini pelajar yang skema, tapi its okey lah sebabnya lain orang lain caranya. Mungkin daripada tips belajar yang Nurrul buat ni seragam dengan diri korunk, tak salah kalau nak ikut pun :) Tips ini sangat sesuai bagi mereka yang nak maintain kan pointer masing2. So jom kita baca.

1 | Jangan Skip sarapan pagi 
Kita belajar menggunakan tenaga taw, jangan ingat kita duduk saja aje, tenaga yg digunakan pulak dekat otak. berfikir menganalisa. Orang boleh bekerja lagi kalau fizikal dia penat, tapi kalau minda (otak penat) nak buat apa2 pun tak boleh. Jadi sarapan sangat penting untuk seorang pelajar sebelum belajar. Kalau paling teruks sangat, minum air kosong atau bancuh air teh dengan 2 keping biskut pun dah okey.

2 | Solat Jangan Tinggal + Doa
Senjata yang penting adalah solat dan doa harian kita. Doa mesti bersungguh-sungguh dan mesti ikhlas kerana Allah supaya Allah lapangkan dada kita, terangkan hati agar Allah memberi keizinan untuk kita menuntut ilmu KalamNya yang sebesar zarah tu. Baru ilmu sampai, kita cepat faham dan ingat untuk diamalkan. 

Lazimi Diri baca Yasin sehari sekali
Selain badan kita memerlukan makanan zahir untuk kekal aktif, tubuh kita juga memerlukan makanan batin, yeah! makanan batin tubuh adalah dengan membaca  Al-Quran. Tapi tips Nurrul yang paling korunk mudah nak amalkan adalah dengan membaca surah Yasin sehari sekali selepas solat magrib smenetara tunggu solat isyak.

4 Tidur awal dan Cukup
Tidur juga merupakan element penting untuk tubuh badan seseorang, ianya menentukan untuk seseorang sama ada cukup rehat atau pun tidak. Mengendalikan waktu tidur dengan baik adalah amat penting. Untuk seorang pelajar, waktu tidur sepatutnya adalah pukul 11 malam yang paling lewat. Sebab nanti pukul 2pagi nak bangun belajar 2jam, lepastu tidur balik. Waktu jam rehat yang sesuai untuk seorang pelajar min adalah 6/7 jam. Jangan amalkan last minute punya belajar ya!

5 Bijak Mengatur Masa
Masa amat berharga dalam pembelajaran yang berkesan. Jadi seimbangi waktu untuk belajar, membuat latihan, beriadah dan lain-lain. Selain itu juga, jangan suka menangguh kerja. Kerana orang yang suka menangguh kerja adalah pencuri masanya sendiri. Percayalah sikap bertangguh ini boleh memakan diri sendiri. Jadi belajarlah menangatur masa dengan bijak.